Dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Shangri-La, Putrajaya pasangan Sharifah Sakinah dan pilihan hatinay Aliff Adha selamat bergelar suami isteri pada pukul 5.56 petang sebentar tadi.
Pasangan ini dinikahkan oleh ayah Sakinah Sakinah, Syed Abu Bakar dan pengantin perempuan kelihatan anggun mengenakan busana jenis kurung moden rekaan pereka fesyen terkemuka Nurita Harith.
Bercakap kepada portal Pepatung, Sharifah Sakinah meluahkan rasa bersyukur selepas semuanya berjalan lancar dan kini sudah bergelar isteri lagi lagi selepas dinikahkan sendiri oleh ayahnya.
Menginspirasikan tema ala taman (garden wedding), kedua-dua mempelai dan tetamu yang hadir turut mengenakan busana berona putih. Pada majlis tersebut, Sakinah menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Uniknya, kesemua tujuh dulang itu mengandungi tujuh pasang kasut berjenama Adidas dengan rekaan yang berbeza. Manakala, Sakinah membalas sebanyak sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.
Diacarakan oleh kakaknya, Sharifah Shahirah, majlis pada petang itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan artis. Antaranya Marsha Milan, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al-Hadad, Nabila Huda, Liza Abdul, Nad Zainal dan Tasha Shilla.
0 Komentar untuk " Sharifah Sakinah Sah Bergelar Isteri nampak cantik di majlis kahwin"