BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Janda Cantik Bernafsu GAJAH..!! (2 Foto)

Klik Untik ZOOM Foto

 Gadis Cun Minta Wang Hantaran RM25k, Nak Selera Bujang Yang Sado Jer...


=


=



=



=




=




=





=





=





=

Amacam? cantik tak janda ni.. sape-sape lelaki yang bujang dan berminat cepat-cepatlah hubungi awek ini di sini :P

Mehh..Sini Akak2 Fahami konsep wang hantaran

Bersederhana dalam memberikan mas kahwin demi keberkatan mahligai yang dibina. Bersederhana dalam memberikan mas kahwin demi keberkatan mahligai yang dibina.

“Sewajarnya kita fahami wang hantaran kahwin hanya termasuk perkara adat istiadat perkahwinan orang Melayu. Tiada nas daripada al-Quran mahupun Hadis menetapkan kewajipan memberi wang hantaran dalam majlis perkahwinan. Apa diwajibkan dalam Islam adalah mas kahwin atau mahar dan ternyata wang hantaran dan mas kahwin adalah dua perkara berbeza,” kata penulis buku agama, Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus.

Beliau berkata, menurut Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, mas kahwin (mahar) adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah hukum syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.

Hukumnya adalah wajib berdasarkan Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah An-Nisa’: 4)

Mohd Yaakub berkata, nilai mas kahwin di Malaysia telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri dan nilainya dalam lingkungan RM22 hingga RM120. Hanya sahaja apa yang lebih difokuskan dalam adat Melayu adalah wang hantaran yang nilainya mencecah ribuan ringgit.

Namun begitu, syarak lebih menekankan kepentingan mas kahwin kerana ia adalah secara mutlak milik isteri dan suami tidak boleh mengambil sedikit pun bahagian daripada mas kahwin tersebut melainkan sekiranya dibenarkan isteri.

Manakala wang hantaran pula bukanlah hak milik mutlak sepenuhnya isteri pada neraca syarak dan ia boleh diambil oleh keluarga pihak isteri untuk menyelenggarakan majlis perkahwinan.

Tambahan pula katanya, Islam tidak menetapkan kadar maksimum dan minimum jumlah mas kahwin bagi seseorang wanita kerana Islam mengiktiraf wujud perbezaan dalam masyarakat dari segi kekuatan ekonominya dan setiap kaum turut memiliki adat resam tersendiri.

Oleh itu, Islam menyerahkan persoalan mengenai kadar mas kahwin mengikut kemampuan seseorang serta tradisi masyarakat setempat. Sungguhpun demikian, Islam menganjurkan supaya bersederhana iaitu tidak meletakkan nilai mas kahwin terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah berdasarkan kemampuan masing-masing. Rasulullah SAW menggalakkan kita agar mempermudah mahar sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud: “Mas kahwin yang paling baik adalah yang paling mudah.” (Riwayat Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak).

Menurut Mohd Yaakub, namun begitu, bagi suami berkemampuan, dia boleh memberikan mas kahwin yang tinggi. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah RA di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa berkata: “Lelaki yang mempunyai harta yang banyak dan ingin memberikan mas kahwin kepada isterinya dalam jumlah yang besar, maka tiada masalah baginya, sebagaimana Firman ALLAH SWT: “...sedangkan kamu telah pun memberikan kepada seseorang di antaranya harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikit pun daripada harta itu.” (Surah An-Nisa’: 20).

Mengenai nilai mas kahwin ideal, Imam al-Syafi’i RA berkata dalam al-Umm: “Bersederhana dalam memberikan mas kahwin lebih kami sukai, dan saya lebih menyukai agar mas kahwin itu tidak melebihi jumlah mas kahwin yang pernah diberikan oleh Rasulullah SAW kepada isteri-isterinya dan yang ditetapkan untuk anak-anak perempuannya iaitu sebanyak 500 dirham. Hal ini adalah untuk mendapatkan keberkatan dan meneladani segala yang dilakukan Rasulullah SAW.”

Ini adalah bersandarkan kepada sebuah riwayat daripada Abu Salamah bin Abdurrahman bahwa dia berkata: “Saya pernah bertanya kepada Aisyah, isteri Nabi SAW: “Berapakah mas kahwin Rasulullah SAW?” Dia menjawab: “Mahar beliau terhadap isterinya adalah dua belas uqiyah dan satu nasy. Tahukah kamu, berapakah satu nasy itu?” Saya (Abu Salamah) menjawab: “Tidak.” Aisyah berkata: “Setengah uqiyah, jumlahnya sama dengan lima ratus dirham. Demikianlah mas kahwin Rasulullah SAW untuk setiap isteri baginda.” (Riwayat Imam Muslim).

Nilai 1 dirham pada zaman Rasulullah SAW adalah lebih kurang harga seekor ayam dewasa dan kini setelah 1400 tahun berlalu seekor ayam dewasa masih boleh dibeli dengan 1 dirham di kebanyakan tempat. Ini menunjukkan betapa stabilnya mata wang menggunakan emas dan perak. Nilai terkini 1 Dirham (pada 6 Disember 2012) berdasarkan penilaian World Islamic Mint adalah RM25. Oleh itu 500 dirham bersamaan dengan RM12,500.


"Begitulah sedikit sebanyak parameter yang telah ditetapkan oleh syarak dalam kadar pemberian mas kahwin yang boleh dijadikan panduan untuk menilai kadar pemberian wang hantaran. Dan tentu sekali sekiranya nilai wang hantaran itu dijadikan sebagai jumlah pemberian mas kahwin kepada isteri adalah lebih baik dan menepati syarak,” jelas beliau. Sumber
1 Komentar untuk "Janda Cantik Bernafsu GAJAH..!! (2 Foto)"

SAYA SANGAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH DAN SANGAT BERTERIMAKASIH BANYAK KEPADA KI DARMO,ATAS BANTUANNYA YANG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..WAKTU SAYA DIBERI TAU SAMA TEMAN KALAU ANKA YANG SAYA PASAN NAIK,SAYA HAMPIR PINSAN DAN TIDAK PERCAYA TAPI INI JUGA BENER2 KENYATAAN,,BERKAT BANTUAN AKI DARMO KINI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUANYA DAN RUMAH JUGA YAGA DILUNYA SEMPAT KUGADAIKAN KINI SAYA SUDAH MENEBUSNYA KEMBALI..SYUKUR ALHAMDULILLAH KINI KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,,DAN JIKA ANDA INGIN ANKA JITU DAN BUKAN OBRAL JANJI YG SERING ANDA DAPATKAN SILAHKAN HUBUNGI AKI DARMO DI 082310142255 DIJAMIN INSYA ALLAH 100% PASTI TEMBUS-ATAU KTIK- http://penyairtogel.blogspot.com

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info