BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

JACKIE CHAN DAPAT GELARAN ''DATUK''? APA JASA DATUK JACKIE CHAN??



BILA artis Bollywood Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk satu ketika dahulu, banyak pihak mempertikaikannya.
Nampaknya perkara sama turut berlaku kepada aktor terkenal Jackie Chan, apabila penganugerahan gelaran ‘Datuk’ kepada beliau menimbulkan polemik.
Alasan yang diberikan Tengku Adnan adalah sama dengan alasan yang diberikan sewaktu isu ‘Datuk’ Shah Rukh Khan dibangkitkan iaitu sumbangan selebriti berkenaan yang mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi filem lakonan mereka yang menjalani penggambaran di negara ini.
Bagaimanapun, alasan itu nampaknya tak dapat diterima ramai rakyat Malaysia.
Justeru, kami ingin kongsikan alasan lain yang mungkin tak ramai tahu tapi sedikit sebanyak mungkin dapat menyembuhkan ‘sakit hati’ pihak yang masih berasakan gelaran tersebut tidak wajar diberikan kepada Jackie Chan.
Tahukah anda beliau merupakan seorang dermawan?
Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie Chan dikatakan telah membuat wasiat mahu menyumbangkan hartanya kepada rakyat miskin di negara terbabit setelah beliau meninggal dunia.
Laporan Forbes pula menyatakan Jackie Chan disenaraikan antara 10 pelakon yang sering melakukan kerja amal malah sumbangannya mencecah jutaan dollar kepada badan-badan NGO yang membantu golongan miskin.
Mungkin itu sumbangannya terhadap dunia, jadi apa kena mengena dengan Malaysia?
Jawapannya ada di print screen bawah…
amal jackie wm
Ha, nampak tak? Itu pun diketahui sebab ada anak yatim yang telah merasa kebaikan Jackie Chan mahu membelanya.
Bersesuaian dengan sifat beliau yang tak suka berkongsi di media sumbangan yang dihulurkan, entah-entah sifat pemurah yang ada pada kita ini tak terbanding langsung dengan Jackie Chan.
Apa pun, terpulanglah pada masing-masing.
Kadangkala harta, pangkat dan lain-lain perkara best jadi milik seseorang kerana dia memang bernasib baik jadi anggap sajalah gelaran Datuk sudah rezeki Jackie Chan. Bukan boleh dibawa mati pun… -MYNEWSHUB.CC

1 Komentar untuk "JACKIE CHAN DAPAT GELARAN ''DATUK''? APA JASA DATUK JACKIE CHAN??"

Saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH BAKARO yg slama ini membantu saya dan keluarga dalam bermain togel,di putaran kemarin saya berhasil mendapatkan kemenangan 4D berkat kemenangan yg kami trimah kami sudah bisa membahagiakan keluarga dgn memberikan tambahan modal usaha,,,kini warung keluarga kami sudah menjadi warung besar yg diminati banyak orang,,seandainya saja kami tidak di bantu oleh MBAH BAKARO mungkin warung kami msih tetap seperti dulu yg tdk mempunyai pelanggan sama skali jadi saya sekeluarga sangat-sangat bersyukur sama MBAH BAKARO bagi yg butuh bantuan togel silahkan hubungi MBAH BAKARO di 085 333 348 575
((MBAH BAKARO))ata kunjungi sebzaitnya di usah di ragukan
lagi sebab saya sendiri sudah membuktikannya 7X putaran Singapur..... dan ingat kesempatan tdk
datang ke 2x nya......

*(( MAKASIH JG YG PUNYA ROOM ))*

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info