AKIBAT perbuatan suaminya menekan butang “like” pada gambar seorang penuntut perempuan di laman Instagram, seorang wanita mengamuk sakan di ruangan komen.
Apa yang agak lawak, laman Instagram berkenaan bukanlah milik penuntut perempuan terbabit tetapi di bawah akaun Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) sebuah institusi pengajian swasta.
Gambar memaparkan penuntut perempuan menyertai satu program berbasikal yang tidak diketahui tarikhnya itu dipercayai telah ditekan “like” oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin.
Tiba-tiba muncul seorang wanita bertanya di ruangan komen, “Abang like?”
Kemarahan wanita itu nampak meluap-luap apabila amukannya diiringi komen berbunyi:
“Abang memang suka kan ‘like‘ betina-betina gedik budak IPT macam ni, miang punya jantan!! Ingat bini kat umah bang.
“Perangai kau ni memang tak berubah kan? suke betina gedik macam ni, better ko buanglike kau tu sebelum aku mengamuk lebih teruk!!
“Dasar kaki betina!!!!” komen wanita itu tanpa sebarang balasan oleh lelaki berkenaan.
Pengguna Instagram lain yang turut memberikan komen di situ ada yang tertawa melihatkan situasi berkenaan berlaku.
Apa yang pasti, penuntut IPTS berkenaan tidak salah pun kerana ianya mungkin laman rasmi MSU Malaysia dan mereka hanya menyertai program berbasikal berkenaan.
Tak pasal-pasal mereka dilabelkan ‘betina’ oleh si isteri cemburu terbabit.
Kepada lelaki yang ingin like gambar-gambar sebegini eloklah pandang-pandang dulu sebelum menekan butangtu, nanti lain pula yang jadi… hahahaa!
-MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "ISTERI MENGAMUK GARA-GARA SUAMI TEKAN ''LIKE'' DI INSTAGRAM"