Sebagaimana yang dilaporkan, semalam pelakon Rita Rudaini telah berjaya mendapatkan tuntutan nafkah anak-anaknya sebanyak RM3,000 daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Kejayaan itu ternyata cukup bermakna buat Rita. Walaupun sebelum ini pelakon itu telah membuat tuntutan yang lebih tinggi namun beliau bersyukur kerana berjaya mendapatkan tuntutan berkenaan berbanding sebelum ini hanya RM2,000 sahaja.
Balik dari mahkamah, Rita telah meluahkan perasaannya dengan keputusan berkenaan menerusi laman sosial Instagram peribadinya. Luahan berkenaan ditujukan buat anak-anaknya.
Baca sepenuhnya luahan sayu Rita Rudaini kepada anak-anaknya dibawah:
Balik dr court smlm mommy trus peluk ank2 syurga mommy…sebak syukur yg xdpt mommy ungkap kan…mengenangkan slama 3thn mommy berjuang utk dptkan hak2 ank2 syurga mommy…walaupon xbyk tp syukur pd ALLAH …penafian hak2 kamu akhirnya ada jawapan…walaupon apa yg mommy mintak tidak dpt tp syukur,itulah dan setakat ini lah rezeki ank2 mommy.. krn sblm ni pihak sana berkeras cuma nk bg 2k sj xbole lebih dgn alasan dan jwpan ‘pandai2 la belanja’ …penafian hak ank2 itu cukup menyakitkan hati mommy..ayat itu buat semangat mommy makin bertambah utk perjuangkan lebih dr itu…mommy korbankn kerja mommy utk naik turun court..mungkin org luar xtau,klau ada tarikh2 court,mommy xbole nk ambik job krn bole mngganggu dua2 belah pihak,kerja dan court… tp mommy tawakal demi anak2 mommy krn bg mommy rezeki drNYA..hidup mommy habiskan utk perjuangkn hak kamu dan hak kita…hidup mommy hanya utk kamu…harapan mommy bila kamu besar nnti,klau kamu syg mommy jd lah ank yg soleh dan bertanggujwb pd diri sendiri,pd mommy pd ALLAH.. klau kamu syg mommy jd lah seorg lelaki yg bertanggjwb pd isteri dan ank2 kamu,ingt balik apa yg mommy perjuangkn utk wanita dan ank2..ryan,ryan da pandai bc kan..ryan kena terangkan pd adik dan bimbing adik jd hamba ALLAH yg berguna…smuanya atas diri kamu dan dlm diri kamu ank2 syurga ku…mommy syg kamu ank2 syurga mommy..
Berikut pula adalah penjelasan Rita Rudaini berkaitan isu tuntutan nafkah anak-anaknya terhadap Aidil. Biasalah, ada yang akan cari peluang untuk kutuk dan sebagainya.
Morning smua…pagi2 da kluaq utk berjihad.. berderet bulan ni ampaaa…lama2 tua kt court ja kami ni… doa kan kami na…apa2 pon keputusan smlm alhamdulillah setakat itu saja rezeki ank2 sy…keputusan yg berdasarkan kes dan resit2 tahun 2012 semasa ank2 sy masih kecil 3 dan 1tahun…tahun ini 2015 baru dpt keputusan utk itu…haaa satu lg..ada org kompius n mengutuk psl belanja percutian ank2..jgn silap paham..percutian tu merangkumi kita kan slalu bwk ank2 kluar jln2..xkira la p pd ka,p legoland ka,p pdg besaq ka,asalkn kita bwk ank2 p mana2 itu dah di kira percutian depa laaa…jgn dok ingt percutian tu paris,london,newyork ☺️ tp klau mommy bwk ank2 p sana itu suka hati mommy laa kann xpakai aihhh duit rm2k nafkah ank yg lps2 tuuu…ank2 da sek,da ada kelas tuisyen,kelas kumon,kelas mengaji..yuran bulan2 pon da lebih sbnaqnya blum kira yuran tahunan lg..tp alhamdulillah mommy dpt bg yg terbaik utk masa depan ank2 mommy…depa nk tuduh,keji mommy pasl tuntut hak tu depa punya pasai laa.. bukan depa bela ank2 kami sekolah n apa2 pon….yg kejanya mommy..mommy nk antaq hospital mahai ka,sek murah ka,pakaian mahai ka,mknan western ka biaq p laaa smua tu utk ank2 mommy darah daging nyawa mommy…apa2 pon tkasih ank2 mommy atas doa2 kalian utk mommy…syukur ALLAH sentiasa jaga kita,beri rezeki pd kita walaupon kita hidup bertiga sahaja,alhamdulillah setiap kesulitan ALLAH slalu permudahkn pd kita…mommy akn guna tulang 4kerat mommy ni utk berjihad demi ank2 mommy…alhamdulillah dgn rezeki yg ank2 mommy dpt…mmmm byk lg kes mommy ni syg2ku..doakn mommy ye…aminn
Sudah semestinya ia perjuangan dan kejayaan yang cukup buat Rita Rudaini dan anak-anaknya.
SUMBER:http:ammboi.com
0 Komentar untuk "RINTIHAN SAYU RITA RUDAINI TERHADAP ANAK-ANAKNYA"