Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Malah pernah juga Sharnaaz memberitahu ingin menjadikan Shila isterinya. Namun hubungan mereka tidak kesampaian dan keduanya telah meneruskan hidup. Malah Sharnaaz telah pun menemui cinta baru.
Baru-baru ini semasa Anugerah Juara Lagu 29 berlangsung, Shila Amzah telah bertanding dengan laguMasih Aku Cinta. Khabarnya Sharnaaz telah menghantar satu tweet kepada Shila mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu untuk persembahan yang hebat. Tweet itu mendapat ribuan Retweets dan Favorites, bagaimanapun reaksi Shila terhadap tweet Sharnaaz menimbulkan persoalan.

Melalui Melodi TV3 sebentar tadi, Sharnaaz menyatakan tweet yang dibuat olehnya adalah atas kapasiti sebagai seorang kawan dan tidak ada kena mengena dengan isu-isu sensitif antara mereka. Bagaimanapun, reaksi Shila adalah sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Sharnaaz.
Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia.
Ditanya sama ada dia sedang cuba memikat Shila kembali, Sharnaaz menafikan dengan mengatakan soal itu tidak pernah timbul kerana dia sememangnya ikhlas menyampaikan rasa tahniah itu.
SUMBER:BEAUTIFULNARA.COM
0 Komentar untuk "REAKSI SHILA AMZAH TERHADAP TWEET SHARNAAZ YANG MENGEJUTKAN"