BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

PENGETUA SEKOLAH DEDAH CERITA SEBENAR PELAJAR BERBAJU KURUNG DIHALAU PULANG

pelajar perempuan

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara, Mohd Amir Abdul Ghani telah tampil bagi menjelaskan isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu.

Beliau menyatakan pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung tetapi menitikberatkan pemakaian baju kurung dengan cara yang betul.

“Kalau hendak pakai baju kurung, pelajar mestilah memakai dengan betul iaitu memakai kesemua butang baju tersebut. Apabila kata begini, mereka anggap kita tidak benarkan pakai baju kurung.

“Sekolah tidak pernah menghalang sesiapa pakai baju kurung kerana ia adalah baju kebangsaan. Malah guru-guru bukan Melayu pun boleh pakai baju kurung,” katanya.

Tambahnya lagi, permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekaligus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri.

Satu perbincangan antara pengetua, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan penjaga kepada murid tersebut turut diadakan pada hari ini bagi menyelesaikan isu berbangkit itu.
































- See more at: http://katakcomel.my/pengetua-sekolah-dedah-cerita-sebenar-pelajar-pakai-baju-kurung-dihalau-pulang/#sthash.1AhhPR87.dpuf
0 Komentar untuk "PENGETUA SEKOLAH DEDAH CERITA SEBENAR PELAJAR BERBAJU KURUNG DIHALAU PULANG"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info