BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

KESAL TAK BUAT VIDEO SEKS DENGAN BRAD PITT SEWAKTU BERPACARAN - GWYNETH



MACAM lawak dan tak masuk akal pun ada terhadap kekesalan yang disuarakan bintang Hollywood, Gwyneth Paltrow ni.
Mana taknya, dia berasa kesal kerana tidak membuat sebarang rakaman video seks ketika berpacaran dengan Brad Pitt suatu ketika dulu.
Pemenang Anugerah Academy itu memberitahu penyampai radio Amerika Syarikat, Howard Stern bahawa ketika zamannya ber-dating dengan aktor tersebut, teknologi telefon bimbit ketika itu tidak dilengkapi dengan kamera mahupun video.
Bekas isteri penyanyi Coldplay Chris Martin itu berkata, dia jatuh cinta dengan Pitt yang kini suami Angelina Jolie ketika berada di set penggambaran Seven yang membawa kepada pertunangan mereka sebelum berpisah pada 1997.
“Saya masih muda ketika itu dan berusia 22 tahun. Saya tidak bersedia dengan apa-apa komitmen dan dia pula jauh lebih baik buat saya. Saya benar-benar tidak tahu apa yang saya lakukan pada ketika itu,” katanya. -MYNEWSHUB.CC



0 Komentar untuk "KESAL TAK BUAT VIDEO SEKS DENGAN BRAD PITT SEWAKTU BERPACARAN - GWYNETH "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info