PERISTIWA serangan puak Taliban ke atas sebuah sekolah di daerah Peshawar pada Disember tahun lepas sememangnya mengejutkan seluruh dunia.
Serangan yang dikecam itu mengakibatkan kematian lebih 130 orang yang terdiri daripada guru dan murid-murid sekaligus menimbulkan ketakutan kepada ribuan pelajar dan guru di sekolah sekitar Penshawar, Pakistan.
Bagi meningkatkan keselamatan mereka, guru-guru di sekitar Penshawar kini diberikan latihan menggunakan senjata.
Mereka menjalani kursus selama dua hari yang diberikan oleh pihak polis bagi mengendalikan pistol dan raifal jenis AK 47.
Latihan sebegini diharap dapat memberikan tenaga pengajar dan guru kemampuan melawan semula pihak Taliban sekiranya mereka menyerang salah satu dari beribu-ribu sekolah dan institusi pengajian di Penshawar.
Kami yakin pelajar juga akan lebih berdisiplin kerana cikgu ada AK 47!
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd
Sumber: Dawn
0 Komentar untuk "HEBAT!! GURU DI PAKISTAN DIAJAR CARA GUNA PISTOL DAN AK 47"