BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

GEMPAR:BEKAS ISTERI JIMMY SHANLEY DI PENJARA 7 HARI



Berita Harian hari ini melaporkan bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimi telah dijatuhi hukuman penjara selama 7 hari bermula hari ini kerana ingkar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan dan bermalam anak mereka Zahrah Rania.

Hukuman itu dijatuhkan di Mahkamah Tinggi Syariah oleh Hakim Syarie Mawarid Che Man selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan Nurshuhaila.

Walaubagaimanapun, mahkamah menangguhkan hukuman itu sehingga jam 4 petang ini bagi membolehkan peguam Saadiah Din memfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya.

Sumber: Berita Harian
0 Komentar untuk "GEMPAR:BEKAS ISTERI JIMMY SHANLEY DI PENJARA 7 HARI "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info