BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

UPDATE TERKINI: MH370 DIGODAM DAN DITEMBAK JATUH OLEH TENTERA US

Pesawat MH370

Seorang bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis, Marc Dugain mendakwa tentera Amerika Syarikat dipercayai telah menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.

Dia yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal menyatakan AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang serangan seperti 11 September di pangkalan tentera di Lautan Hindi.

Beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas berhampiran lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.

“Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini,” katanya.

Dugain mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti.

Pangkalan tentera berkenaan yang terletak kira-kira 4828 kilometer di barat laut Australia digunakan sebagai pangkalan tentera AS sejak tahun 1970-an dan kini menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera.

Banyak teori konspirasi mengenai Diego Garcia disiarkan sejak kehilangan MH370 tetapi kerajaan AS berulang kali menafikan bahawa pesawat MH370 terbang berhampiran dengan pangkalan berkenaan.

Dugain merujuk kepada saksi di Maldives yang memberitahunya bahawa mereka melihat sebuah pesawat besar yang terdapat logo Malaysia Airlines terbang pada altitud rendah ke arah pulau berkenaan.

Tidak lama selepas laporan kehilangan pesawat yang membawa 239 orang daripada 15 negara itu pada 8 Mac, media tempatan di Maldives melaporkan bahawa terdapat objek dipercayai alat pemadam api dari pesawat berkenaan terdampar di pantai di Baarah.

Beliau mendakwa MH370 kemungkinan dirampas oleh penggodam dan kemudian diterbangkan ke Diego Garcia, yang mana jauh dari laluan penerbangan asal iaitu dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Bagi menjelaskan ketiadaan komunikasi elektronik ketika pesawat berkenaan hilang dari radar, beliau berkata, kebakaran mungkin memaksa anak kapal untuk mematikan semua peranti, tanpa merosakkan bahagian luar pesawat.

Laporan rasmi MH370 melaporkan bahawa penumpang mungkin terbunuh akibat sesak nafas kerana kabin kehabisan oksigen menyebabkan pesawat berkenaan berada dalam keadaan auto-pilot sehingga ia kehabisan bahan api dan terjunam ke dalam laut.

Dugain mendakwa dirinya telah diberi amaran oleh seorang pegawai perisikan British kerana sanggup mengambil risiko apabila menjalankan penyelidikan terhadap nasib MH370.






























































- See more at: http://katakcomel.my/pesawat-mh370-digodam-dan-ditembak-jatuh-tentera-us/#sthash.CcdBDfdg.dpuf
0 Komentar untuk "UPDATE TERKINI: MH370 DIGODAM DAN DITEMBAK JATUH OLEH TENTERA US"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info