BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

UPDATE AIRASIA QZ8501: 200 MAYAT MULA DIHANTAR KE PANGKALAN BUN

Beg mayat

PANGKALPINANG – Sebanyak 200 beg mayat dihantar ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah sebagai persediaan pemindahan jenazah 155 penumpang dan tujuh anak kapal pesawat QZ8501.
Beg mayat itu dihantar dari pusat operasi sementara di Lapangan Terbang Depati Amir, Pangkalpinang, Bangka Belitung petang ini.
“Selain peralatan pemindahan, kami juga mengirim beg mayat yang telah tersedia di Basarnas Pangkalpinang,” kata Timbalan Operasi Basarnas pusat operasi sementera di Bangka Belitung, Sunarbowo.
Memetik laporan daripada Metrotvnews.com, pasukan Basarnas berangkat dari Pangkalpinang menuju Pangkalan Bun menggunakan pesawat CN235, dua helikopter Bell dan MI 35.
Pusat operasi taktikal di Pangkalpinang juga turut dipindahkan ke Pangkalan Bun. Pemindahan dan penghantaran itu dilakukan selepas serpihan pesawat AirAsia Indonesia dan mayat mangsa nahas ditemui berhampiran Pangkalan Bun.


















SUMBER:http://www.kualalumpurpost.net/qz8501-200-beg-mayat-dihantar-ke-pangkalan-bun/
0 Komentar untuk "UPDATE AIRASIA QZ8501: 200 MAYAT MULA DIHANTAR KE PANGKALAN BUN"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info