BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

TERKINI: PIALA AFF MALAYSIA KALAH 2-0 PADA THAILAND



Riak kecewa tergambar di wajah pemain Harimau Malaya sebaik usai perlawanan menentang Thailand yang berakhir dengan kekalahan 2-0.
Riak kecewa tergambar di wajah pemain Harimau Malaya usai perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand yang berakhir dengan kekalahan 2-0.
KUALA LUMPUR: Dua gol pada babak kedua membantu Thailand mendapatkan modal selesa menewaskan Malaysia 2-0 dalam final pertama, Piala AFF Suzuki di Bangkok, malam ini.
Selepas buntu pada babak pertama, tuan rumah bangkit lebih garang untuk merakamkan kemenangan dengan gol daripada Charyl Chappuis pada minit ke-71 dan Kroekrit Thaweekarn pada minit ke-86 di Stadium Rajamangala yang penuh sesak dengan penonton.
Kini, Harimau Malaya pimpinan Dollah Salleh harus mengilhamkan kemenangan dalam final kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
THAILANDKawin Thammasatchanan (kapten), Narubodin Weerawatnodom, Suttinan Phukhom, Tanaboon Kesarat, Peerapat Notchaiya, Mongkol Thosakrai (Deeprom P), Charyl Chappuis, Sarach Yooyen (Lahso A), Kroekrit Thaweekarn, Chanathip Songkrasin, Adisak Kraisorn
MALAYSIAFarizal Marlias, S Kunanlan, Shukor Adan (kapten), Fadhli Shas, Zubir Azmi, Azammuddin Akil, Safiq Rahim, Badhri Radzi (Baddrol Bakhtiar), Amri Yahyah (Safee Sali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha.
PENGADIL: Kovalenko Valentin (Uzbekistan)
- BERITA HARIAN
0 Komentar untuk "TERKINI: PIALA AFF MALAYSIA KALAH 2-0 PADA THAILAND"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info