BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

TERKINI: GADIS BOGEL MATI DALAM HOTEL

mayat-wanita

Kuala Lumpur – Seorang wanita warga Vietnam ditemui mati dalam keadaan bogel dengan kaki dan tangannya diikat di sebuah bilik hotel di Kompleks Pasar Borong, Jalan Ipoh Bandar Utara, di sini, 6.50 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pasukan forensik yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap dengan kaki dan tangannya diikat menggunakan tuala.
“Terdapat juga kesan lebam di leher mangsa dipercayai akibat dijerut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
menurutnya, mangsa dipercayai bekerja di sebuah pusat karaoke pergi ke hotel berkenaan bersama seorang lelaki berusia 30-an.
“Kita sedang mengesan lelaki berkenaan yang beralamat di Taman Dahlia, Temerloh, Pahang untuk membantu siasatan dan
mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)untuk dibedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, “katanya, lapor Hmetro.

































SUMBER:http://www.kualalumpurpost.net/gadis-mati-bogel-dalam-hotel/
0 Komentar untuk "TERKINI: GADIS BOGEL MATI DALAM HOTEL"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info