BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

PADAH PEMBANTU RUMAH DIHUKUM GANTUNG

gantung
SHAH ALAM
 – Seorang pembantu rumah warganegara Thailand dihukum gantung sampai mati di Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah menyeludup dadah seberat 2.8 kilogram (kg) tahun lalu.
Tertuduh, Miss Duangchit Khonthokhonbari, 33, didapati bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, kerana cuba menyeludup dadah jenis metafetamin menggunakan laluan udara.
Dia ditahan selepas gagal melepasi kawalan pemeriksaan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 6 Mac tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah, menjatuhkan hukuman gantung mandatori selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan, lapor BH Online.


















SUMBER:http://www.kualalumpurpost.net/pembantu-rumah-dihukum-gantung-sampai-mati/
0 Komentar untuk "PADAH PEMBANTU RUMAH DIHUKUM GANTUNG "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info