BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

MELETUP AKIBAT LETUPAN MORTAR

Letupan
Seorang lagi mangsa kejadian letupan bom mortar di Taman Ria Mesra II, Gurun, 24 Disember lalu iaitu Sharifah Azlina Hashim, 30, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH) hari ini.
Sharifah Azlina iaitu isteri kepada anggota tentera, Ayub Hashim, 34, yang maut di lokasi kejadian pada Rabu lalu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.21 pagi tadi.
Dalam kejadian letupan kira-kira pukul 4.45 petang itu, tiga termasuk Ayub, anak perempuannya, Nur Idayu Syahira, 8, dan jiran mereka, Mohd. Aqif Lukman Shahrizan, 4, maut.
Ayub dan Nur Idayu Syahira maut di lokasi kejadian manakala Mohd. Aqif Lukman meninggal dunia dalam perjalanan ke HSAH, lapor Utusan.
0 Komentar untuk "MELETUP AKIBAT LETUPAN MORTAR"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info