Demikian luahan abang kepada K. Menaga, 44, yang putus anggota badan itu akibat dikerat dengan kejam oleh suaminya dalam pertengkaran di rumah mereka di Taman Sri Suria di sini, semalam.

K. Ravichantaran, 47, berkata, lebih meresahkan mereka apabila doktor yang merawat adiknya memberitahu kemungkinan kedua-dua kaki dan tangan itu tidak dapat disambung semula.

“Namun, doktor memberi kami semangat agar terus bersabar untuk menunggu keadaan dia stabil dan menggunakan kaedah rawatan lain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, suami Menaga yang cemburu kerana mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak menggantung diri selepas mencederakan wanita tersebut.

Ravichantaran berkata, adik keduanya yang kini masih tidak sedarkan diri kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, di sini.

“Kami mahu keadaan kembali reda terlebih dahulu sebelum memikirkan masa depan mereka. Ketika ini banyak urusan perlu dilakukan dan anak sulung mangsa juga sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pengajian ke universiti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Roze Shaari meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian tersebut. Credit Mymediahubonline, Utusan Online





































SUMBER:http://newsredapple.blogspot.com/2014/12/kes-dikerat-suami-kaki-tangan-sukar.html