BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

GEMPAR: PEKERJA HOSPITAL CUBA LIWAT PESAKIT WANITA DALAM TANDAS

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Tindakan ‘gila’ seorang pengawal keselamatan sebuah hospital mahu meliwat seorang pesakit wanita di dalam tandas membawa padah apabila dia ditahan polis semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, suspek mengekori mangsa berusia 20an yang hanya berbaju T dan berkain batik ke tandas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa sebelum suspek menerpa dan memeluknya dari belakang ketika berada di dalam tandas.

“Suspek membuka seluar dan mengeluarkan kemaluannya sebelum menyelak kain batik mangsa untuk melakukan liwat, namun mangsa yang meronta berjaya melepaskan diri,” katanya.

Menurut Ab Rashid, pesakit itu memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya yang datang melawat. Satu laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Kajang.

“Polis menerima laporan jam 7.30 petang hari yang sama dan menjejaki sebelum ditahan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377 D, Kanun Keseksaan.

Difahamkan suspek berusia 47 tahun mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes cabul seorang wanita.






















SUMBER:http://pilihan-anda.blogspot.com/2014/12/jaga-hospital-cuba-liwat-pesakit-wanita.html
0 Komentar untuk "GEMPAR: PEKERJA HOSPITAL CUBA LIWAT PESAKIT WANITA DALAM TANDAS"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info