BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

GEMPAR: LELAKI DIBAHAM 3 EKOR SINGA DI ZOO

Lelaki Parah Dibaham 3 Ekor Singa Di Zoo Barcelona

Seorang lelaki telah mengalami cedera parah apabila diserang tiga ekor singa selepas dia memasuki kandang haiwan tersebut di sebuah zoo di Barcelona. Lelaki berusia 45 tahun dengan pakaian tentera itu didakwa memanjat pagar untuk memasuki kandang tersebut sebelum diserang singa yang cuba mengheretnya ke dalam sebuah terowong.

Namun, mangsa bernasib baik apabila pasukan keselamatan zoo berjaya menyelamatkannya selepas mengharungi tempoh 30 minit untuk menakutkan singa-singa tersebut.
Zoo De Barcelona

Semburan air digunakan untuk menakutkan tiga ekor singa yang menerkam mangsa. Tubuh badan lelaki itu terdapat kesan calar yang teruk selain luka akibat gigitan singa. Mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital de la Vall D’Hebron.




























SUMBER: See more at: http://katakcomel.my/lelaki-parah-dibaham-3-ekor-singa-di-zoo-barcelona/#sthash.PDFQCmp2.dpuf

0 Komentar untuk "GEMPAR: LELAKI DIBAHAM 3 EKOR SINGA DI ZOO"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info