Raja dangdut, Amelina dan pengarah filem dan pelakon terkenal iaitu Yana Shamsudin menerusi gambar yang dikongsikan di fanpage sebuah portal hiburan telah menarik perhatian ramai peminat.
Mengenai isu pembedahan wajah Yana Shamsudin, aktres cantik itu tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih lagi mempercayai berita kononnya dia telah melakukan pembedahan pada wajahnya.
Pemilik nama Norliana Samsudin menyatakan tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih lagi mempercayai berita kononnya dia telah melakukan pembedahan pada wajahnya walaupun sudah berpuluh kali menafikan menjalani pembedahan itu.
“Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat pembedahan muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.
“Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat.
Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu,” katanya.
Pada awal Januari yang lepas, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah melakukan pembedahan untuk memancungkan hidung.
Tambahnya, dia tidak pernah mempercayai pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan kerana apa yang dilihat, wajah seseorang itu tidak akan berubah banyak seperti yang diinginkan.
“Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.
“Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti,” tambahnya lagi.
SUMBER:
- See more at: http://katakcomel.my/gambar-terkini-amelina-dan-yana-shamsudin-yang-paling-gempak/#sthash.xZaKsr00.dpuf
0 Komentar untuk "GEMPAK: PENAMPILAN TERBARU AMELINA DAN YANA "