BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

(GAMBAR) GADIS CANTIK ADA BENDA YANG PELIK

Gambar Hiasan


Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai 
selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika 
berkunjung ke sebuah pusat hiburan, tiga hari lalu.


Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa menanggung
kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih dikenali
sejak lebih setahun itu.


Menurut sumber, lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya berusia 20-an 
sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit 
pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.


Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan penjelasan 
dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui seorang 
pondan.


“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia langsung tidak 
mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan berperwatakan lemah lembut 
serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia yakin kekasihnya itu wanita.


“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan simpanan
sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya
terhadap kekasihnya itu,” katanya.


Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di Balai Polis 
Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya itu sebaik 
tembelangnya terbongkar.Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima
laporan kes itu.





































SUMBER:http://blogkicap.blogspot.com/2014/11/lelaki-terkejut-kekasihnya-yang-cantik.html

Related Post

  • Ajal bayi terjerut kain buaian Johor Bahru: Seorang bayi berusia 10 bulan mati akibat terjerut kain buaian di kediamannya di Taman Century Garden di…
  • Tragedi berdarah awal pagi Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut dipercayai ditetak oleh birasnya di sebuah rumah di Kampung Dampai, Jalan Kion…
  • NAHAS DUKE: Tak mengaku salah Kuala Lumpur: Dua pemandu Perodua MyVi termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafi…
  • Parah didera pengasuh FB Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera di muka selepas dipercayai didera pengasuh dikenal…
  • (7 Gambar) Wanita Model Secara Online Sarah Rayne seorang wanita berusia 26 tahun. Dia  bekerja dalam perkhidmatan keselamatan. Dalam masa  y…
0 Komentar untuk "(GAMBAR) GADIS CANTIK ADA BENDA YANG PELIK"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info