BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

BISNES TERLARIS: JUAL AIR MANI KERBAU



INDIA– Meskipun seekor kerbau mencatatkan rekod dunia dengan harga RM6.68 juta dalam jualan lelong, namun pemiliknya enggan menjual kerbau berkenaan.
Ini kerana Karamvir Singh dengan senang memperolehi pendapatan RM163,000 sebulan hasil penjualan air mani kerbau berkenaan yang digelarnya Bheem Donor, berusia tiga tahun.
Bagi Singh, yang menetap di kampung Sunario, air mani kerbau tersebut amat bernilai dan binatang itu mampu menghasilkannya setiap hari bagi memenuhi perintaan di seluruh negara.
“Saya tidak nampak keperluan untuk menjual kerbau ini kerana saya boleh mendapat hasil yang tinggi setiap bulan,’’ katanya yang turut menyifatkan Bheem sebagai anak lelaki yang menguntungkan.
Salah satu sebab kenapa air mani Bheem menjadi mahal adalah kerana ibu kerbau itu mampu menghasilkan hingga 26 liter susu setiap hari, iaitu rekod dunia untuk kerbau jenis Murrah.
Justeru penternak mahu mendapatkan baka kerbau berkenaan bagi tujuan penghasilan susu.
Namun penjagaan kerbau berkenaan juga bukan mudah kerana Singh terpaksa membelanjakan RM100 sehari bagi mendapatkan makanan yang berkualiti untuk Bheem.











SUMBER:http://mynewshub.cc/2014/12/20/lelaki-jadi-kaya-dengan-jual-air-mani-kerbau/
0 Komentar untuk "BISNES TERLARIS: JUAL AIR MANI KERBAU"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info