Istanbul – Seorang pramugari dipecat selepas tindakan ‘menayangkan tubuhnya’ dalam video muzik dan beberapa sesi penggambaran diketahui majikannya.
Zuhal Sengul, 31, menimbulkan kemarahan Turkish Airlines apabila mengambil bahagian dalam sesi penggambaran dengan berpakaian seksi termasuk korset dengan gaya ala gotik dalam sebuah majalah Itali.
Malah, video muzik terbabit menampilkan Zuhal yang bertatu dan hanya memakai bikini menyebabkan syarikat penerbangan itu – yang kini bergerak ke arah imej lebih konservatif – mengambil tindakan memecat model sambilan terbabit.
Perkara itu disahkan kenyataan Turkish Airlines.
“Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap sederhana yang kemas dan berwarna pastel,” kata kenyataan itu.
Tindakan terhadap Zuhal – yang juga aktif mempromosikan pemakanan vegetarian selain memiliki tali pinggang hitam karate – menampakkan pengaruh nilai Islam yang kini semakin popular di Turki.
Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam. – Agensi
SUMBER:http://mynewshub.cc/2014/11/30/pramugari-turkish-airlines-dipecat-terlalu-seksi/
0 Komentar untuk "PRAMUGARI: DIPECAT TERLALU SEKSI"