BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Punca Kematian Pelajar Malaysia Di England Belum DiKetahui

Rebecca mengalami demam dan muntah-muntah sebelum meninggal dunia 1 Oktober lalu.

KUALA LUMPUR: Mayat pelajar Malaysia, Rebecca Edward yang mati di England selepas mengalami demam dan muntah akan disimpan sehingga enam bulan bagi mencari punca kematiannya.
Abang mangsa, Jeffery Edward, 25, memberitahu, Rebecca, 22, pelajar jurusan undang-undang di sebuah universiti di Newcastle meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas pada 1 Oktober lalu.
Menurutnya, doktor yang merawat mangsa sebelum disahkan meninggal dunia turut hairan dengan punca kematian dan akan menyimpan mayat tersebut sehingga enam bulan untuk mencari puncanya.
"Dia (mangsa) ada memberitahu ibu bapa kami bahawa telah mengalami muntah-muntah dan pergi ke Hospital Royal Victoria, namun hanya diberi ubat demam," jelas abangnya.
"Keesokkan harinya, rakan serumah mangsa memberitahu menjumpai Rebecca dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia terus dibawa ke hospital menaiki ambulan, dan Rebecca dilaporkan berhenti bernafas serta tidak dapat diselamatkan," jelasnya yang merupakan seorang pelajar perubatan.
Jeffrey berkata, ibu mereka Selvi Kaur,47, telah diterbangkan ke Newcastle untuk menemui doktor dan mambawa pulang mayat, namun proses itu terpaksa ditunda.
"Mereka (doktor) masih cuba menyiasat punca kematian dan perlu menyimpan mayat sehingga sehingga enam bulan.
"Kami berharap mereka boleh memberi jawapan  dan mempercepatkan urusan itu agar kami boleh kebumikannya dengan sempurna," jelasnya.
Katanya, Rebecca yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik tiba di England minggu lalu bagi menghadapi tahun akhir pengajian undang-undang.
Jeffrey memberitahu, Rebecca mempunyai rekod penyakit asma dan menolak  kemungkinan  adiknya itu mengalami keracunan kerana rakan-rakannya tidak mengalami sebarang jangkitan selepas mengambil hidangan sama.





sumber:http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/06/pelajar-di-uk/
0 Komentar untuk "Punca Kematian Pelajar Malaysia Di England Belum DiKetahui"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info