BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Perkuburan Kristian Di Sabah Rosak Teruk Akibat Tanah Runtuh

Sebuah kawasan perkuburan Kristian iaitu Tanah Perkuburan Kristian Anglican 1 di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat tanah runtuh.

Dalam satu gambar yang dimuatnaik ke internet pada hari ini, beberapa batu tanda perkuburan kelihatan rosak teruk akibat bencana alam tersebut.

Melalui maklumat di gambar berkenaan, ia dirakamkan pada hari ini sejurus selepas kejadian berlaku.

KristianRoboh_1



Beberapa kuburan dilihat sudah pun terjatuh ke bahagian bawah bukit yang runtuh sekaligus menyebabkan kerosakan yang agak besar kepada tanah perkuburan tersebut.

Difahamkan di sekitar Kota Kinabalu, hujan lebat yang turun sejak semalam telah menyebabkan beberapa kawasan di Penampang turut dinaiki air.






sumber:http://mynewshub.cc/
0 Komentar untuk "Perkuburan Kristian Di Sabah Rosak Teruk Akibat Tanah Runtuh"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info