BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

PENJELASAN: Kenapa Tajaan Bersalin Che Ta Oleh KPJ Wajar? Baca Ni…



Menaja Che Ta bersalin merupakan satu pelaburan bernilai RM 10 ribu tapi membawa pulangan periklanan bernilai ratusan ribu.”
Sebenarnya, relevan juga alasan yang diulas oleh sebuah blog pro-UMNO, Mykmu.net yang menyokong tindakan firma KPJ Healthcare kerana publisiti terhadap isu ini sangat meluas dan melonjakkan imej mereka.
Intipati selanjutnya dari blog berkenaan yang dipetik dari Malaysiakini, “Che Ta merupakan artis yang punya ramai peminat dan pasti menghiasi muka-muka depan akhbar tempatan (kerana ia boleh dijual) dan lembaran muka hiburan selama berhari-hari.
Ce Ta merupakan wanita melebihi umur 40 tahun. Wanita pada usia sebegini sebenarnya sangat tinggi risiko ketika bersalin. Insya-Allah bila beliau bersalin dengan selamat, ia akan memberi penarafan yng baik kepada kepakaran KPJ.”
Ulas penulis blog tersebut juga, pulangan dari keuntungan KPJ pastinya akan digunakan untuk membayar zakat dan cukai, lantas membuat sumbangan yang lebih besar.
“Hospital KPJ merupakan cabang perniagaan yang kosnya berharga ratusan juta ringgit setiap bulan bukannya hospital kebajikan macam hospital kerajaan.”
Tambah blog itu lagi, KPJ Healthcare menjadi sasaran kritikan kerana kakitangan hospital swasta terbabit dipenuhi dengan kaum Melayu.
KPJ juga banyak membantu orang miskin, namun dilupakan kerana isu ini dan dijadikan bahan untuk membelasah satu syarikat yang dipenuhi orang Melayu.”
Memetik laman blog tersebut hari ini, isu penajaan ini masih berlarutan di laman sosial dengan pelbagai reaksi negatif diterima kerana kononnya hospital tersebut tidak menaja orang yang betul-betul memerlukan.
KPJ-2juta
Kesimpulan dari blog berkenaan, golongan ‘holier-than-thou’ ini dikategorikan dalam dua kumpulan iaitu golongan yang tidak tahu strategi perniagaan besar dan kononnya mengambil berat nasib golongan marhaen.
Satu golongan lagi adalah golongan pesaing konglomerat KPJ sendiri yang cuba mengapi-apikan situasi untuk memburukkan lawan perniagaan mereka.
Itulah, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, fikir dahulu rasionalisasi tindakan yang diambil sesuatu pihak agar tuduhan semberono tersebut tidak kelihatan ‘kurang bijak’.




SUMBER:http://mynewshub.cc/2014/10/19/taja-che-ta-satu-strategi-pemasaran-blog-pro-umno/
MYNEWSHUB
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR
0 Komentar untuk "PENJELASAN: Kenapa Tajaan Bersalin Che Ta Oleh KPJ Wajar? Baca Ni…"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info