BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

‘Pelamin Angan’ Musnah, Hanya Kerana Wajah Persis Nenek


Tidak semua beruntung merasai dan menikmati keindahan cinta sejati ala-ala kisah
dongeng Cinderella.

Ini kisah malang seorang wanita yang sedang dalam perancangan untuk berkahwin
dengan cinta hatinya.

Ibarat ‘pelamin anganku musnah’, seorang wanita dari China dimaki dan diherdik
oleh bakal suaminya ketika pengambaran pra-perkahwinan mereka.


Insiden ini berlaku kerana wanita tersebut cuba menguji bakal suaminya dengan
mengenakan solekan persis seorang nenek.

Namun, bakal suaminya yang terperanjat mula memaki tunangnya kerana tidak
suka melihat wajah hodoh yang seperti dimamah usia.

Alahai, kesian pula nasib wanita itu yang pada mulanya ingin melihat reaksi
positif bakal suaminya tapi yang diterima sebaliknya.

Lebih memalukan, bakal suaminya memaki tunangnya di hadapan orang awam
di Dongmen Old Street, Shenzhen hingga menyebabkan wanita itu menangis
teresak-esak .


Orang awam yang menyaksikan pentengkaran tersebut memberitahu insiden itu
sebijik ala-ala aksi pertengkaran dalam filem.

Kejam betul lelaki ini sanggup memalukan tunangnya sebegitu!
Tapi kalau difikirkan semula, apa lak motif perempuan tu nak menghodohkan 
wajah sendiri ketika merakam gambar pra-perkahwinan tanpa berbicang dulu
dengan tunangnya ye.. hmm macam-macam. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "‘Pelamin Angan’ Musnah, Hanya Kerana Wajah Persis Nenek"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info