Mariah Carey di konsertnya, 'The Elusive Chanteuse Show Tour in Malaysia 2014' yang berlangsung di Stadium Merdeka, malam tadi.
Kehangatan konsert Mariah Carey yang berlangsung di stadium Merdeka malam tadi tiba-tiba bertukar suasana cemas seketika gara-gara berlakunya kebakaran kecil sewaktu diva Pop antarabangsa ini sedang rancak membuat persembahan pada konsert yang diberi nama 'The Elusive Chanteuse Show" Tour in Malaysia 2014'.
Insiden tersebut berlaku sewaktu penghibur berusia 45 tahun ini sedang mengakhiri nyanyiannya menerusi lagu 'Hero' dan sejurus itu pentas dipenuhi dengan percikan bunga api. Secara tiba-tiba percikan api tersebut menyambar bahagian bawah tirai yang melatari pentas dan menyebabkan kebakaran kecil. Mujur beberapa orang kru menyedari kebakaran tersebut lantas segera memadamkan api dan keadaan terkawal.
Ketika itu, Mariah yang baru saja menyudahkan nyanyiannya mahu memulakan interaksi bersama peminat. Namun interaksi tersebut terhenti sekejap apabila salah seorang kru datang kepada Mariah dan terus membawa beliau ke tepi pentas. Kelihatan kru tersebut berbisik sesuatu kepada penyanyi kelahiran Long Island, New York, Amerika Syarikat itu.
Percikan bunga api sebagai gimik sewaktu Mariah mengakhiri nyanyian lagu 'Hero', beberapa saat sebelum insiden tirai di pentas terbakar.Percikan bunga api sebagai gimik sewaktu Mariah mengakhiri nyanyian lagu 'Hero', beberapa saat sebelum insiden tirai di pentas terbakar.
Sebaik saja dimaklumkan oleh kru berkenaan mengenai kebakaran tersebut, Mariah dengan tenang terus berkata, "Oh, ada kebakaran rupanya di situ? (sambil menunjukkan ke arah tirai yang terbakar itu)".
"Ini bereeti konsert saya pada malam ini bukan saja diterangi dengan cahaya gemerlapan (sportlight, percikan bunga api), hujan tapi... juga ada kebakaran. Tak mengapa..., apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga", katanya sambil tersenyum lantas kedengaran sorakan semangat daripada para peminat.
Tayang Punggung
Sementara itu, walaupun hujan lebat turun sejak beberapa jam sebelum konsert sehinggalah sepanjang konsert berlangsung namun sikit pun tidak menghalang kira-kira 12,000 peminat Mariah membanjiri stadium.
Memulakan persembahan kira-kira jam 9.15 malam, Mariah membuka tirai konsert dengan lagu 'Fantasy', 'Touch My Body' dan 'Shake It Off'. Sepanjang konsert Mariah diiringi empat orang pemuzik, empat penyanyi latar dan lapan orang penari.
Seperkara yang menjadi perhatian penonton ialah penampilan ibu anak dua ini yang seksi. Mengenakan jacket dress pendek (paras punggung) bewarna hitam, dalam pada membuat persembahan sesekali diva kesayangan ramai sempat beraksi nakal apabila beliau 'secara spontan' membuat pose-pose yang agak menampakkan punggungnya yang montok. Setiap kali beraksi sebegitu, stadium gamat dengan sorakan peminat.
SUMBER:http://bangangberita.blogspot.com/2014/10/gambar-mariah-carey-tayang-punggung-di.html
Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!
loading...
Home
»
hiburan
»
PANAZ : Mariah Carey Tayang Punggung Di Konsert 'The Elusive Chanteuse Show' Stadium Merdeka!
Related Post
PANAS!!! ZIZAN RAZAK DI MAKI KERANA FOTO Dalam kemeriahan umat Islam menyambut perayaan Aidiladha yang lalu, ada juga kontroversi yang melanda pelawak te…
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didenda Nikah Tanpa Kebenaran Aeril dan Wawa dikenakan denda didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling atas kesalahan melakukan…
WOW! Gambar Rumah Rihanna Bernilai RM 39 Juta Sumber : spotmusang.com …
Pelakon Lucah Maria Ozawa Sedang Mencari Calon Suami! PELAKON lucah yang popular di Jepun dan Indonesia, Maria Ozawa mengatakan dia kini sedang mencari bakal suami yang…
11 GAMBAR: Rozita Che Wan Semasa Zaman Muda Anda mungkin juga meminati: !-- Blogger automated replac…
loading...
0 Komentar untuk "PANAZ : Mariah Carey Tayang Punggung Di Konsert 'The Elusive Chanteuse Show' Stadium Merdeka!"