KUALA LUMPUR – Laporan polis berhubung gambar intim antara calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang tersebar luas di media sosial dibatalkan tanpa memberitahu sebarang sebab kepada wartawan yang telah menunggu sejak jam 11 pagi tadi.
Satu pesanan ringkas kepada wartawan pagi tadi memberitahu bahawa Dyana dan Zairil bakal membuat laporan polis berhubung gambar mereka yang tersebar di Balai Polis Jalan Pudu jam 12 tengahari, hari ini.
Namun setelah lebih sejam menunggu kelibat kedua-dua pemimpin muda DAP itu tidak kelihatan.
Jam 12.30 tengahari satu lagi pesanan ringkas dihantar kepada para wartawan memberitahu yang laporan polis dan sidang media telah dibatalkan.
Sebelum ini gambar intim berpelukan antara Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari menjadi buah mulut pengguna laman sesawang.
Zairil ketika ditemui menafikan gambar yang tersebar itu adalah beliau namun tiada sebarang kenyataan untuk menafikan gambar tersebut daripada Dyana.
- SELANGOR PRESS
SUMBER:http://mynewshub.cc/2014/10/20/gambar-intim-zairil-dyana-tak-jadi-buat-laporan-polis/
0 Komentar untuk "Gambar Intim: Zairil, Dyana Tak Jadi Buat Laporan Polis?"