BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

GEMPAR!!!! PELAKON CHACHA MAEMBONG DIKEJARKAN KE HOSPITAL MATA HAMPIR BUTA

Pelakon yang juga adik kepad Emma Maembong, Chacha Maembong telah dikejarkan ke hospital ketika penggambaran filem I’m Not A Terrorist arahan Arjin Uppal.
Detik cemas itu berlaku apabila Chacha Maembong mengalami masalah penglihatan gara-gara jangkitan kuman.
Chacha Maembong panik apabila pandangannya menjadi gelap selepas terjatuh ketika menjayakan babak ketika penggambaran filem itu di Kashmir, India.
Ini pendedahan Chacha Maembong:
“Mata saya tiba-tiba sakit kerana dimasuki sejenis daun berbisa, tetapi saya tetap bertahan dan meneruskan penggambaran hingga selesai. Sangka saya, ia mungkin disebabkan habuk hingga penglihatan jadi tidak selesa.
“Mata saya bertambah pedih apabila kami kembali ke hotel penginapan kerana saya kerap menggosoknya,”
Chacha berkata, kesakitan yang dilaluinya itu berlarutan apabila dia tidak dapat membuka mata ketika bangun pada awal pagi.
Pandangannya juga kosong membuatkan Chacha Maembong menangis kerana bimbang tidak dapat melihat lagi.
Melihat keadaan Chacha Maembong yang melarat, oroduser, S Baldev Singh segera membawanya ke sebuah pusat perubatan pakar yang terletak lebih 200 kilometer dari hotel penginapan mereka.
Ini komen Chacha Maembong lagi:
“Saya diberikan cuti selama dua hari dan terpaksa berehat dalam bilik gelap. Mata pula dibalut kerana tidak boleh terkena cahaya. Saya hidup seperti orang cacat penglihatan, malah makan minum dan segala keperluan saya terpaksa dibantu.
“Selepas dua hari, keadaan mata saya masih belum pulih dan terpaksa kembali ke hospital untuk rawatan lanjut. Apabila balutan dibuka, doktor mendapati anak mata saya besar sebelah. Sakit itu hanya berkurangan selepas seminggu saya mendapat rawatan,”
Ketika kejadian, Chacha bersama pasukan produksi, White Merpati Entertainment Sdn Bhd menjalani penggambaran selama sebulan di Kashmir.
Untuk pengetahuan, filem I’m Not A Terrorist ini menelan belanja lebih RM7 juta.
Ianya turut dibintangi Afiq Muiz, Betty Banafe dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Filem itu turut menampilkan tiga pelakon lagenda Bollywood iaitu Gulshan Grover, Farida Jalal dan Rahul Dev.
Filem ini telahpun mula ditayangkan di pawagam di Malaysia dan India sejak 5 Oktober lalu.
Sumber: beritamemey
0 Komentar untuk "GEMPAR!!!! PELAKON CHACHA MAEMBONG DIKEJARKAN KE HOSPITAL MATA HAMPIR BUTA "

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info