BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Rotan adalah cara saya mendidik anak- Johan.

Johan

TIDAK dapat dinafikan, terdapat ibu bapa yang berpendapat mendidik anak-anak menggunakan rotan adalah cara yang kasar pada zaman sekarang tetapi bagi pasangan Johan Raja Lawak dan Ozlyn, mereka lebih selesa menggunakan cara tersebut.

Bagi Johan, mereka menggunakan prinsip melentur buluh biarlah dari rebungnya dan dia tidak mahu ambil pusing tentang kritikan yang diberikan kepadanya.

“Biarlah mereka mempertikaikan tindakan saya dan isteri yang dikatakan tegas kerana mendidik anak kami. Saya rotan dan belasah mereka pun biarlah dari kecil kerana tak guna membentuk anak-anak bila mereka sudah besar.
“Biarpun mereka masih kecil, tetapi kini mereka sudah tahu rutin harian apa yang perlu mereka lakukan tanpa diberitahu.
“Ibu bapa kami juga kurang setuju dengan pendekatan yang kami gunakan untuk mendidik anak-anak. Kami tak kata cara ini merupakan yang terbaik, tetapi ini pilihan kami,” katanya kepada Berita Harian.
Tambahnya, Ozlyn juga akan meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum memuatnaik sebarang gambar atau video anak mereka ke laman sosial bagi memastikan tiada sebarang masalah yang berlaku. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Rotan adalah cara saya mendidik anak- Johan."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info