BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Lelaki ini suka rakam seluar dalam wanita..Lihat video ini apa berlaku seterusnya..

SEORANG lelaki menerima padah apabila perbuatan terkutuknya merakam seluar dalam seorang penumpang wanita terbongkar dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen kereta api Shanghai, China.

Akibatnya suspek ditampar dan tambah memalukan, rakaman kejadian tersebut tersebar di laman Weibo hingga menjadi viral.
Lelaki Terima Padah Kantoi Rakam Seluar Dalam Wanita
Menerusi sebuah klip video berdurasi 2 minit 13 saat, seorang lelaki berkemeja putih kelihatan menampar dan memalukan suspek di hadapan penumpang lain yang berada di stesen berkenaan sebagai hukuman, kerana tindakannya itu dikatakan telah mencemarkan maruah lelaki.
“Saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap lelaki seperti ini dan jika mana-mana lelaki yang melihat perbuatan kamu ini, pasti mereka akan menghalangnya,” kata lelaki itu.
“Tengok. Inilah wajah yang merosakkan maruah kaum lelaki,” jeritnya lagi.
Rata-rata netizen menyokong tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan kerana berjaya menghalang kelakuan tidak senonoh suspek.
Bagaimana pun ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan kewajaran tindakan memalukan suspek di khalayak ramai seperti itu. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "Lelaki ini suka rakam seluar dalam wanita..Lihat video ini apa berlaku seterusnya.."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info