BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Suspek Yang Cuba Merogol Gadis Melayu Di Stesen Petronas Rawang Dikesan

1

Suspek Yang Cuba Merogol Gadis Melayu Di Stesen Petronas Rawang Dikesan | Seorang wanita berusia 30-an mendakwa dirinya nyaris dirogol seorang lelaki di tandas sebuah stesen minyak di Rawang sekitar pukul 10 malam beberapa hari yang lepas.
Ketika kejadian berlaku, dia memasuki tandas tersebut dan melihat ada dua wanita lain berada di dalam tandas berkenaan.
“Ketika di dalam tandas, dia terdengar ada orang masuk ke dalam tandas. Ketika mahu keluar, tiba-tiba seorang lelaki berdiri di hadapan pintu tandas dalam keadaan tidak berbaju dan zip seluarnya terbuka.
“Lelaki itu terus menolak dan menarik wanita itu masuk ke dalam tandas. Wanita itu terpaksa bergelut sehingga ditarik ke pintu utama tandas dan lelaki itu mengunci pintu berkenaan.
“Selepas menjerit meminta tolong, lelaki itu telah membuka kunci pintu dan wanita itu berjaya lari keluar menyelamatkan diri,” katanya.
Wanita itu mengalami cedera ringan paa bahagian badan dan kaki disebabkan berlakunya pergelutan dengan lelaki durjana itu sebelum membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan.
0 Komentar untuk "Suspek Yang Cuba Merogol Gadis Melayu Di Stesen Petronas Rawang Dikesan"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info