BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Rahsia Ketika Berada Dalam Kapal Terbang Yang Anda Tidak Tahu

Apakah rahsia dalam pesawat yang penumpang yang anda tidak tahu apabila mereka menaiki pesawat”.

Beberapa rahsia yang menarik untuk pengetahuan anda.

Topeng Oksigen

Jika kabin mengalami masalah tekanan udara dan topeng oksigen dikeluarkan dari bahagian atas kabin, tahukah anda, anda ada masa hanya 15 minit bekalan oksigen selepas ia mula digunakan.

Ia sebenarnya masa yang lebih dari cukup untuk juruterbang membawa pesawat ke paras ketinggian lebih rendah di mana bekalan oksigen mencukupi.

Lebih penting, jika kekurangan oksigen anda hanya ada 15-20 saat sahaja sebelum anda akan pengsan, pasangkan topeng oksigen anda dahulu kemudian anak anda, pengsan beberapa saat tidak akan membahayakan anak anda.

Bekalan air di tandas

Apa sahaja anda lakukan, jangan minum air dari tandas di dalam pesawat. Ia juga sebenarnya tidak bagus untuk digunakan untuk membasuh tangan.

Kakitangan penerbangan membersihkan tangki air mengikut jarak masa tertentu, bagaimanapun parasit yang terdapat di tangki tidak kesemuanya berjaya dimusnahkan ketika proses pembersihan.

Sebab lampu kabin pesawat digelapkan ketika mendarat

Jika pesawat mendarat di waktu malam, anak kapal akan menggelapkan sedikit lampu di dalam kabin penumpang. Ianya sebagai langkah persediaan sekiranya penumpang perlu dikeluarkan dari pesawat selepas terjadinya masalah ketika mendarat.

Mata manusia memang boleh untuk melihat di dalam gelap, jadi anda akan melihat dengan lebih baik apabila anda berada di luar pesawat.

Petir dan kuasa seorang juruterbang

Sebuah pesawat sebenarnya selalu disambar kilat ketika dalam penerbangan. Jika seorang penumpang menyebabkan kekecohan di dalam pesawat, seorang juruterbang berhak untuk berlepas tanpa membawa penumpang berkenaan bersama.

Sebaik sahaja pintu pesawat ditutup, juruterbang juga mempunyai hampir kesemua kuasa, mereka dibenarkan untuk menahan orang, mengenakan denda dan juga mengambil wasiat penumpang yang hampir meninggal dunia.

Makanan untuk juruterbang dan telefon bimbit

Tahukah anda, makanan untuk dua juruterbang bertugas disediakan berasingan dan mereka tidak dibenarkan berkongsi makanan. Ia bagi mengelakkan berlaku masalah atau percubaan jenayah seperti keracunan atau diracun.

Selain itu, ada pramugari yang sebaik sahaja selesai mengumumkan supaya semua peralatan komunikasi seperti telefon bimbit mesti dimatikan, mereka SENDIRI akan duduk di belakang pesawat dan mula menggunakan telefon bimbit mereka.

Pendaratan yang 'kasar' ketika cuaca buruk

Pasti sesekali anda mengalami pengalaman pesawat mendarat dengan agak kuat di atas landasan. Ia sebenarnya bukan kerana juruterbang berkenaan kurang mahir tetapi ia disengajakan.

Jika landasan dipenuhi air, pesawat berkenaan perlu memecahkan lapisan air untuk mengelakkan ia tergelincir atau ia dipanggil “aqu planing”.

Pesawat boleh diterbangkan tanpa enjin

Seorang juruterbang memaklumkan jika kedua-dua enjin pesawat gagal berfungsi, sebuah pesawat boleh melayang sejauh kira-kira 9.6km untuk setiap 5,000 kaki.

Jika pesawat berada pada ketinggian 35,000 kaki, ia boleh diterbangkan secara melayang kira-kira 67km tanpa sebarang enjin. Itulah sebabnya kebanyakan nahas pesawat melibatkan kejadian selepas baru sahaja berlepas atau semasa mendarat.
0 Komentar untuk "Rahsia Ketika Berada Dalam Kapal Terbang Yang Anda Tidak Tahu"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info