BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Punca Yatt Hamzah terlibat kemalangan mengerikan

Malang tak berbau! 

Itulah yang boleh diungkapkan buat Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 36, apabila dia terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Karak sekitar jam 7 malam semalam. 

Kereta jenis Kia Optima K5 yang dipandu oleh Yatt telah mengalami kerosakan teruk.

Yatt bersama adik ipar dan pembantu peribadinya yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


"Saya bersama adik ipar dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Mentakab selepas program Jelajah Ikim.

"Kemalangan berlaku di Lebuhraya Karak apabila secara tiba-tiba tayar kereta saya pecah dan saya hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali dan kemudian melanggar pembahagi jalan," ujar Yatt dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Yatt berkata, dia sudah melaporkan mengenai kemalangan tersebut di Balai Polis Karak.

"Alhamdulillah saya dan yang lain selamat. Namun saya masih lagi terkejut dan trauma dengan kejadian itu," jelasnya.
0 Komentar untuk "Punca Yatt Hamzah terlibat kemalangan mengerikan"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info