BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Kakak Sheila Majid akui 14 tahun tidak berhubungan kelamin


Kakak Sheila Majid akui 14 tahun tidak berhubungan kelamin - Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Shahnaz A Majid memberitahu mahkamah, dia tidak tahu suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib bernikah dengan wanita Australia semasa majlis perkahwinan adik iparnya.

Shahnaz, 51, berkata, dia terkedu apabila melihat Mahmud membawa wanita yang dikenali sebagai Louise Aida Hiley ke majlis itu di Wisma Mahmud, di Kuching, Sarawak sekitar tahun 1999.

“Saya tak pernah tanya sama ada mereka sudah bernikah ataupun belum. Saya hanya anggap mereka sudah berkahwin kerana sudah ada anak, beberapa tahun lalu.”

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan peguam Saadiah Din yang mewakili Mahmud Abu Bekir semasa perbicaraan kes tuntutan mutaah di mahkamah tinggi syariah di sini, semalam.

Menurut Shahnaz, dia juga tidak tahu anaknya, Raden Murya ada menemui wanita itu di Singapura beberapa tahun lalu walaupun ketika itu dia ada bersama anaknya.


Menjawab soalan Saadiah, Shahnaz berkata, dia dan bekas suaminya itu tidak tinggal bersama dan tidak berhubungan kelamin sejak tahun 2000.

Bagaimanapun, Shahnaz berkata, Mahmud ada memberi nafkah zahir setiap bulan selepas dia berpindah ke kediaman miliknya di Damansara walaupun tidak tinggal bersama.

“Dia (Mahmud) ada datang ke rumah meluangkan masa dengan anak menonton televisyen, atau menjemput anak keluar sama.”

Kata Shahnaz, dia menerima nafkah zahir sebanyak RM7,000 sebulan sejak 2001 hingga 2006, pada tahun 2007 dia menerima nafkah sebanyak RM10,000 setiap bulan, dan sejak tahun 2008 hingga 2011, nafkah bulanannya dinaikkan kepada RM12,000.

“Namun selepas Mei 2008 hingga kini, saya dan anak kami tidak menerima satu sen pun.”

Shahnaz akui menggunakan tiga kenderaan yang diberikan syarikat dan memegang jawatan di beberapa buah syarikat semasa masih bergelar isteri Mahmud.

Mahkamah turut dimaklumkan, dia mempunyai pegangan saham di beberapa buah syarikat milik bekas suaminya itu. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab disambung 22 Januari ini.

Shahnaz memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM100 juta, antara lain menuntut beratus hektar tanah di Sarawak, rumah, dan kereta mewah yang diisytihar sebagai harta sepencarian.

Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid turut memfailkan tuntutan harta sepencarian berjumlah RM300 juta. Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 1992, sah bercerai pada 11 Mei 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 21 tahun. Shahnaz diwakili peguam Dr Rafie Mohd Shafie dan Akbardin Abdul Kader.
1 Komentar untuk "Kakak Sheila Majid akui 14 tahun tidak berhubungan kelamin"

KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

*angka ritual gaib singapura

*angka ritual gaib hongkong

*angka ritual gaib malyaisia

*angka ritual gaib sidney

*angka ritual gaib kuda lari.

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info