BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Jom lihat 7 Foto terkini Fouziah Gous yang didakwa cemburu gaun pengantin Anzalna Nasir?

Baru-baru ini, gaun pengantin ketika di majlis persandingan Anzalna Nasir sememangnya menjadi tumpuan namun ada khabar angin yang mendakwa seorang selebriti yang pernah mendapatkan khidmat pereka yang sama sewaktu majlis persandingannya menghasut pereka itu agar menghasilkan baju pengantin Anzalna ala kadar sahaja.

Bermula daripada dakwaan tersebut, timbul nama Fouziah Gous yang dikaitkan dengan khabar angin tersebut. Bagaimanapun pelakon ini tidak muda melatah malah mengakui bahawa Anzalna merupakan teman rapatnya sendiri.

“Saya rasa sangat mengarut dan kelakar bila ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang dengkikan baju persandingan Anzalna, walaupun saya tak pernah membaca gosip tersebut”

“Tak ada sebab untuk saya berbuat seperti itu kerana hubungan kami agak rapat dan sebelum majlis perkahwinan Anzalna lagi, kami sudah berbual mengenai baju yang dihasilkan oleh Cosry. Kalau ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang cemburukan Anzalna menerusi status di laman Instagram saya, saya rasa meraka tak pandai baca”

“Terang-terang saya letakkan hashtag baju pengantin win (menang) dan saya juga naikkan status itu dalam nada bergurau. Bagi saya setiap wanita ada kecantikan mereka yang tersendiri pada hari perkahwinan mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Sumber: Rotikaya







0 Komentar untuk "Jom lihat 7 Foto terkini Fouziah Gous yang didakwa cemburu gaun pengantin Anzalna Nasir?"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info