BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Jom lihat 5 Kejadian paling pelik berlaku di malam Anugerah Meletop Era 2016 pada Ahad lalu yang tak masuk akal

Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2016 atau AME2016 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.

Anugerah anjuran Astro dan Era FM ini mengiktiraf karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.


Dah nama pun acara penyampaian anugerah, tak sah kalau tak ada benda-benda yang menarik perhatian yang berlaku, kan?

Disini kami sediakan 5 highlight menarik AME2016 buat tatapan anda. Jom ushar sama-sama!

1. Tema Glamour Futuristic!

Aisyah Aziz

Nabil & Zira

Firman & Ziha AF2015 

DeFam

Qistina Enara (VJ PeaceYallFM)

Ozlyn

AME 2016 bertemakan Glamour Futuristic dengan tagline ‘Satu Malam, Seribu Senyuman’. Bukan main sakan artis-artis ni bergaya ikut tema! Korang rasa, cantik ke pelik?
2. Akim Dan Stacy – Pengantin Baru Paling Sweet!


Dengan inai yang masih kemerahan di jari masing-masing, kemanisan pengantin baru ini terbawa-bawa sampai ke atas pentas AME2016!

Semasa berduet menyanyikan lagu Pelangi Senja dengan Stacy, Akim tanpa sengaja terlanggar bahu isterinya lalu secara spontan terus memeluk Stacy. Korang tengoklah sendiri video yang Hairul Azreen sempat rakam ni!

Tonton video di SINI.

Gelagat romantik Akim-Stacy di atas pentas ternyata menarik perhatian para peminat. Sweet tahap potong kaki!


 


3. Ayda Jebat Tumpaskan Dato Siti!


Wah, Ayda Jebat menang besar malam tadi! Gadis genit ini merangkul 5 trofi kemenangan termasuk anugerah utama, iaitu Top Top MeleTOP (wanita), Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Drama MeleTOP.


Ternyata lagu Bukan Diriku serta drama MAID membawa tuah kepada Ayda. Sampai jatuh air mata ‘si kenid’ ni masa bagi ucapan ambil anugerah!

Tapi dalam kegembiraannya itu, Ayda dikritik hebat oleh netizen yang tidak puas hati dengan kemenangannya. Dia juga dipertikaikan kerana menumpaskan penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza!








Apa pun, peminat-peminat Ayda Jebat dah jalankan tugas dengan baik sampai artis kesayangan mereka ni bolot 5 anugerah di AME2016 malam tadi. Tahniah AJ Screamers!

4. Neelofa Rapping

Neelofa bukan sahaja bertindak sebagai salah seorang hos AME2016, malah dia mengejutkan penonton dengan persembahan nyanyian bergenre rap setelah dicabar oleh AC Mizal!


Persembahan Neelofa itu bukan sahaja menarik perhatian peminat dari kalangan orang awam, tetapi juga artis Hip Hop dengan nama jolokan The Prince of Damansara, Caprice! Semangat Caprice minta video nyanyian Neelofa nak hantar kat satu kampung!

5. Nora Komen Isu Auto Tune Artis Baru


Sebenarnya ramai juga yang komen persembahan artis baru yang menyanyi live di AME2016 semalam sumbang dan sangat lain dengan versi rakaman studio. Tup tup, penyanyi senior bersuara merdu, Nora Ariffin pun bersuara pasal isu auto tune ni!

Nah, kami belanja keputusan penuh AME2016 di bawah ini buat tatapan anda. Sama tak macam apa yang korang ramalkan? ;)

Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2016

DRAMA MELETOP: M.A.I.D

ARTIS LAWAK MELETOP: Johan

HOS MELETOP: Dato AC Mizal

PELAKON MELETOP: Ayda Jebat

PROGRAM MELETOP: Gegar Vaganza 2015

LAGU MELETOP: Ayda Jebat – Siapa Diriku

PENYANYI MELETOP: Ayda Jebat

GRUP/DUO MELETOP: Akim & The Majistret

PENYAMPAI RADIO MELETOP: Johan

PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi Era

FILEM MELETOP: Polis Evo

BINTANG FILEM MELETOP: Zizan Razak

ARTIS BAHARU MELETOP: Mira Filzah

BINTANG ONLINE MELETOP: Datuk Siti Nurhaliza

COUPLE MELETOP: Johan dan Ozlyn

FESYEN MELETOP: Datuk AC Mizal

Sumber: Ohbulan
0 Komentar untuk "Jom lihat 5 Kejadian paling pelik berlaku di malam Anugerah Meletop Era 2016 pada Ahad lalu yang tak masuk akal"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info