BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

TENTERA IRAQ YANG BIJAK ELAK PENEMBAK TEPAT..LIHAT VIDEO INI



SEBUAH video yang menunjukkan kebijakan seorang tentera Iraq yang berjaya memperbodohkan penembak tepat militan IS telah mendapat perhatian masyarakat.
Menerusi video tersebut, askar Iraq yang cuba melindungi diri daripada ditembak itu dilihat cuba membalas serangan anggota IS berkenaan namun gagal.
Walau bagaimanapun, bagi menyelamatkan dirinya ke tempat yang lebih terselindung, dia telah bertindak dan berfikiran pantas untuk memperdayakan penembak tepat militan IS itu.
Dengan menggunakan sebatang kayu dan topi yang dipakainya, dia telah mengumpan penembak itu untuk melepaskan tembakan sebelum dia melarikan diri ke tempat yang selamat.
Video yang dimuat naik menerusi laman LiveLeak oleh pengguna yang bernama IraqiPride itu didakwa telah dirakamkan sekitar Syria. -MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "TENTERA IRAQ YANG BIJAK ELAK PENEMBAK TEPAT..LIHAT VIDEO INI"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info