BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Pramugari Malaysia paling cantik di Dunia.lihat video ini.



RIYADH – Jika disebut nama Radiah Binti Sarip, mungkin ramai kalangan kita yang tidak mengenalinya, namun kemunculan pramugari ini menerusi laman Instagram baru-baru ini mencetuskan sensasi pengguna media sosial.
Gadis berusia 24 tahun yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan kebangsaan Saudi Arabian Airlines itu mula terkenal kerana kecantikan rupa paras semula jadinya menjadi perbualan ramai netizen di seluruh dunia.
Graduan dari Universiti Malaysia Pahang ini khabarnya pernah bertugas sebagai model fesyen berhijab di negara kelahirannya, Malaysia namun kini dilaporkan menetap di Jeddah dekat sini demi tuntutan kerjayanya tersebut.
radiah1
radiah2
radiah3
Foto-foto dirinya lengkap bertudung dengan memiliki postur badan bertubuh tinggi benar-benar menjadi contoh kepada ramai remaja perempuan Muslim untuk ‘berhijrah’ mengenakan hijab sebagai gaya hidup wajib seharian.
Radiah sendiri terbukti menyerlahkan teladan apabila membuktikan kecantikan seseorang wanita bukan terletak pada keseksian pakaian yang mencolok mata lelaki, sebaliknya masih jelita waima memakai busana patuh Syariah.
Saudi Arabian Airlines sendiri malah terkenal di seluruh dunia sebagai antara syarikat udara komersial yang patuh Syariah selain Royal Brunei Airlines, Iran Air serta paling baharu, Rayani Air Malaysia. – Mynewshub.cc/HAA
0 Komentar untuk "Pramugari Malaysia paling cantik di Dunia.lihat video ini."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info