BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

PELAJAR MELAMAR KEKASIH JADI ISTERI DISEKOLAH...LIHAT VIDEO INI


SATU rakaman video yang memaparkan ala-ala ‘Putera Raja melamar kekasihnya’ di khalayak ramai menerima kecaman di media sosial.
Aksi tersebut dilakukan oleh dua pelajar yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah, bagaimanapun lokasi sebenar kejadian belum dapat dipastikan.
Video yang diambil dari sebuah laman Facebook komuniti India itu memaparkan  aksi ‘romantik’ pasangan kekasih yang lengkap berpakaian sekolah berpelukan sambil disaksikan oleh pelajar lain yang turut bersorak.
Turut kedangaran laungan ‘kiss him, kiss him‘ seperti yang dijerit oleh pelajar lain.
Kelihatan lelaki terbabit seolah memegang kotak yang dipercayai sebagai hadiah untuk melamar gadis terbabit yang berakhir dengan adengan bercumbu.
Ternyata, adegan romantik kedua pelajar terbabit mengundang kritikan daripada pengguna media sosial.
“School is a place to study not to make love,” (Sekolah adalah tempat untuk belajar bukan bercinta) tulis Nelly Dave Sidhu.
“Your mum dad must be very happy to see this… ( Ayah dan mak awak pasti gembira melihat perkara ini) tulis Arvin Ramankutty yang memberikan maksud sarkasm.
“CINTA MONYET itu semata-matanya memang diertikan bagi monyet yang buat malu masyarakat dan bangsanya! This is one good example,” tulis Jeyasree Canbo.-Mynewshub.cc

0 Komentar untuk "PELAJAR MELAMAR KEKASIH JADI ISTERI DISEKOLAH...LIHAT VIDEO INI"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info