BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

lagi kes buli pelajar hingga teruk..lihat video ini


RAKAMAN video seorang pelajar perempuan disepak, ditampar dan dimalukan rakan sebaya kini tersebar di laman sosial.
Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah dekat Sematan, Sarawak.
Berdasarkan video berdurasi 2 minit 51 saat itu, mangsa kelihatan mendiamkan diri, menangis dan tidak melawan apabila diperlakukan sedemikian oleh dua pelajar perempuan lain yang nampak tidak berpuas hati dengannya.


Menurut pihak yang memuat naik video ini, mangsa didakwa telah memfitnah dua pelajar terbabit menyebabkan mereka berang dan nekad ‘mengajar’ mangsa di dalam kelas pada waktu rehat.

Video: Murid Tahun 6 Dibuli Beramai-Ramai Di Terengganu

Kejadian itu disaksikan beberapa pelajar lain termasuk beberapa pelajar lelaki namun tiada seorang pun yang tampil bagi membantu mangsa mahupun menghentikan perbuatan dua pelajar terbabit.


Mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang terlibat sebagai pengajaran kerana budaya membuli di sekolah nampaknya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. – MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "lagi kes buli pelajar hingga teruk..lihat video ini"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info