BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Komen pedas Achey selepas dituduh menipu...pasti mengejutkan semua orang


KENYATAAN balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd. Nor yang mendakwa pelawak Achey tidak pernah bertanyakan khabar dan menjenguk keluarga arwah seperti yang diluahkan pada media, benar-benar mengejutkan industri hiburan.

Rentetan itu, Achey tampil meluahkan rasa kesalnya terhadap dakwaan Surianti yang menuduh dia menipu dalam memberi kenyataan kepada media.
Bercakap kepada mStar Online, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 29; berkata, apa yang berlaku adalah salah faham dan pertanyaan khabar mengenai keluarga itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukan melalui Surianti.
“Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.
“Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai perniagaan dikongsi bersama Harun, Achey berkata dia tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan bersama Surianti dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.
“Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun.
“Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku.
“Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti.
“Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.
“Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak,” jelas Achey.
Terdahulu, Surianti meluahkan rasa kesal terhadap rakan-rakan Harun Salim Bachik kecuali Aflin Shauki, yang menjauhkan diri setelah pemergian arwah.
surianti
Surianti yang mempunyai dua cahaya mata bersama arwah turut mendedahkan hidup dalam kesempitan dan terpaksa mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya.
Untuk maklumat, Harun pernah berkahwin dengan Martinah Ahmad dan mereka memiliki empat orang anak. Namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: mStar Online

0 Komentar untuk "Komen pedas Achey selepas dituduh menipu...pasti mengejutkan semua orang"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info