BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

KANAK-KANAK ZAMAN AKHIR DAH PANDAI HISAP VAPE!!! LIHAT VIDEO INI.


KEGILAAN apakah ini?
Di saat ramai mempertikaikan pengharaman rokok vapor kerana ketiadaan bukti jelas tentang keburukannya dari sudut kesihatan, video ini membuktikan bahawa rokok eletronik membawa negatif di sisi moral.


Mungkin kerana asapnya yang harum, ramai berasakan vape adalah sesuatu yang tidak mudarat termasuk wanita dalam rakaman yang kini tersebar.
Jika sebelum ini ramai merungut dan geleng kepala lihat kian ramai perempuan (termasuk yang bertudung) ikut sekaki hembus vape, ini lagi dahsyat. Bukan setakat dia yang sedut, dengan budak-budak sekali dibaginya!


Tidak dapat dipastikan dalam rakaman ini adalah adik, anak buah kepada wanita terbabit atau anak-anak di sebuah pusat jagaan namun yang pasti, perlakuan seorang dewasa yang terkekeh-kekeh ketawa selepas memberi mereka hisap vapor adalah sesuatu yang sungguh tak bertanggung jawab.


Maka kalau kaki vape nak marah-marah kenapa orang haramkan rokok jenis ini.. silalah tonton video di bawah dan nilaikan sendiri kesannya pada moral masyarakat kita. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: REM RAMZI

0 Komentar untuk "KANAK-KANAK ZAMAN AKHIR DAH PANDAI HISAP VAPE!!! LIHAT VIDEO INI."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info