BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

SADIS!!! Mayat Pelajar Perempuan Tingkatan Lima Dijumpai Ada Kesan Kelar Dileher


GEORGETOWN – Mayat seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima ditemui dengan kesan kelar di leher di rumah pangsa keluarganya di Bandar Baru Teluk Kumbar, dekat sini malam tadi.
Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar dekat sini ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada kira-kira 7.30 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Nor Salawati Saad berkata semasa bapa mangsa yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu pulang ke rumah mereka, beliau memanggil anaknya itu, namun tidak disahut.
Katanya, bapa mangsa terus ke bilik anak sulungnya itu dan didapati mangsa dalam keadaan berselimut di atas katil dan selepas menyelak selimut berkenaan, beliau mendapati anaknya itu sudah tidak bernyawa.
“Mangsa masih lengkap berpakaian dan kita percaya ada kesan pergelutan berdasarkan keadaan bilik berkenaan. Polis masih menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini malam tadi.
Siti Nor Salawati berkata polis turut menjumpai bantal peluk yang terdapat kesan darah di ruang tamu rumah berkenaan.
“Siasatan juga mendapati tiada kesan pecah pada mana-mana pintu atau tingkap rumah dan tiada sebarang senjata ditemui dalam bilik mangsa atau rumah berkenaan,”katanya.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan dan menjumpai dua bilah pisau dipercayai telah dibuang bersama telefon bimbit kepunyaan mangsa di Bayan Lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman hari ini, katanya.
Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata kali terakhir mangsa berhubung dengan ibu bapanya ialah menerusi khidmat pesanan ringkas pada kira-kira 12.00 tengah hari, meminta supaya dihantarkan makanan. – BERNAMA
1 Komentar untuk "SADIS!!! Mayat Pelajar Perempuan Tingkatan Lima Dijumpai Ada Kesan Kelar Dileher"

Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak Kusniadi. Dari Bogor. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib coba hubungi nomor hp MBAH JEJE TRIJAYA katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi MBAH JEJE TRIJAYA, dan saya menceritakan semuanya, tenteng keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya MBAH JEJE TRIJAYA,saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib MBAH JEJE TRIJAYA bagi yang berminat hubungi MBAH JEJE TRIJAYA di nomor ini: 0823 3737 6471 dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaibnya demih allah demi tuhan...ini kisah nyata dari saya,terima kasih.

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info