BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Perghhh!!!! Benarkah Wanita Melayu Paling Cantik Di Dunia ???

Perempuan Melayu adalah yang tercantik di dunia. Setuju atau tidak?

Tapi, mana pernah perempuan Melayu dapat gelaran Miss Universe ataupun Miss World kan? Itulah hakikatnya.. Namun kebenarannya terhidang di depan mata…


Berdasarkan artikel yang dimuatkan di sebuah blog, kami kongsikan kepada anda kenapa wanita Melayu seringkali dianggap sebagai wanita tercantik, dimanakah kecantikannya itu akan kami kongsikan di bawah.

Tiada sesiapapun yang pernah mengetahui asal usul keturunan Melayu yang sebenarnya. Tetapi bagi mereka-mereka yang pakar dalam sejarah lama, mereka tahu dari mana keturunan Melayu ini berasal.

Dalam sejarah Tamadun Babylon, ahli sejarah telah mengatakan bahawa Taman Tergantung Babylon itu di bina atas sebab isteri rajanya selalu bermurung dan berduka kerana rindukan kampung halamannya. Kerana itu dibina taman tersebut yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang besar.

Dalam kitab Mormon lama yang hilang dan juga Kitab Taurat lama, ada tersebut kisah mengenai Keturah.

Siapa Keturah?

Kita sendiri pun tak tahu, kenapa nama Keturah ini di sebut sedangkan dalam Al-Qur’an sendiri menyatakan bahawa isteri Nabi Allah Ibrahim A.S hanya ada dua orang, iaitu Siti Hajar dan Maisarah.

Meski terdapatnya percanggahan di dalamnya, namun kita tak boleh menafikannya kerana dalam pengkajian sejarah, terdapat banyak jigsaw puzzle yang hilang kerana itu, sejarah perlu di kaji dengan mendalam.

Kecantikan perempuan melayu berdasarkan apa yang dikatakan di blog itu lagi adalah kerana mereka mengalami asimulasi dan percampuran dengan pelbagai suku bangsa yang lain. Tidak seperti wanita barat, wanita melayu lebih terserlah kecantikannya kerana keaslian wajahnya terpelihara walaupun tanpa solekan yang tebal.


Tapi, berapa ramai perempuan melayu yang sedar akan perkara ini?

Mereka terpengaruh dengan media, iklan, dan sebagainya yang mendorong mereka untuk mengubahsuai apa yang telah dikurniakan kepada mereka.

Akibatnya, keaslian kecantikan sebenar kurang terserlah..

Bagi kami kecantikan seseorang wanita itu bukan diukur dari segi rupa, malahan ia patut diukur dari segi kesopanan dan budi bahasa di samping menjaga aurat dengan sempurna.

Cantik budi bahasanya, dan menjaga adab sebagai wanita itulah sebenarnya kecantikan asli seorang wanita.

Tak Percaya? Tepuk perut tanya lapar atau tidak…

Sekian..






KDRT:sharemedia88
0 Komentar untuk "Perghhh!!!! Benarkah Wanita Melayu Paling Cantik Di Dunia ???"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info