BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

MENGHAYAT HATI !!! 2 ANAK GADIS INI DITEMUI MATI RENTUNG...



DUA kanak-kanak perempuan yang juga merupakan adik beradik terbunuh selepas terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Tanjung Minyak, Melaka, kira-kira jam 5.50 petang, pada Jumaat.
Lebih menyayat hati, mangsa yang dikenali sebagai Nur Maisarah Balqis Rosghazali, tujuh tahun; dan adiknya Nur Qalisha Balqis Rosghazali, enam tahun; ditemui dalam keadaan rentung berpelukan di bawah katil.
Ketika kejadian, bapa mangsa, Rosghazali Shapie yang berusia 40-an; cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya itu namun gagal ekoran asap tebal hingga menyababkan dia pengsan lalu diselamatkan oleh orang awam.
Penolong Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka, Mohd. Adli Abd. Rahman berkata, 18 anggota bersama beberapa jentera digerakkan ke tempat kebakaran sebaik menerima laporan pada kira-kira jam 5.38 petang.
“Kami telah menerima panggilan pada jam 5.38 petang dan mendapati berlaku kebakaran. Seramai 18 anggota serta ambulans Jabatan Bomba dan Penyelamat terlibat.
“Sampai saja ke tempat kejadian kita mendapati terdapat seorang mangsa lelaki melecur dan dia dapat dikeluarkan.
kids
“Ketika membuat operasi menyelamat, kami mendapati terdapat dua orang mangsa lagi iaitu kanak-kanak berumur enam dan tujuh tahun yang rentung di dalam bilik,”kata Mohd. Adli.
Siasatan awal mendapati api dipercayai berpunca dari sebuah bilik tengah di rumah berkenaan sebelum merebak dan memusnahkan hampir 70 peratus daripada kediaman tersebut.
Katanya lagi, kebakaran berkenaan turut menyebabkan sebuah kereta milik keluarga mangsa mengalami kerosakan.
“Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan,” kata beliau.
Mayat dua kanak-kanak malang itu dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat, manakala bapa mereka turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Difahamkan, ketika kejadian bapa mangsa berada di luar rumah, sementara ibu mereka bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital di Arab Saudi. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "MENGHAYAT HATI !!! 2 ANAK GADIS INI DITEMUI MATI RENTUNG..."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info