BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

AHLI SIHIR DIBAKAR HIDUP-HIDUP KERANA TELAH MENGAMBILA JANTUNG LELAKI..LIHAT VIDEO INI..



GEMPAR! Video sadis yang memaparkan empat orang wanita yang dibogelkan, diikat, dipukul dan dibakar oleh penduduk telah tersebar secara meluas menerusi internet.
Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan pedalaman Papua New Guinea, jiran Indonesia dan Australia itu selepas kesemua wanita terbabit disyaki mengamalkan ilmu hitam dan sihir.
Mereka didera dan diperlakukan sedemikian kerana kononnya dipercayai telah ‘mengambil’ jantung daripada seorang lelaki dengan kaedah yang tersembunyi untuk tujuan jahat.
Lelaki yang menjadi mangsa itu tinggal di sebuah perkampungan di wilayah Enga serta dikatakan telah jatuh sakit pada Ogos lalu dan ‘ahli sihir’ itu dituduh menjadi dalang kejadian tersebut.
witch
Menerusi video yang tersebar itu memperlihatkan beberapa wanita yang berada dalam keadaan telanjang dipukul dan diugut dengan parang oleh orang ramai yang sedang berang.
Berdasarkan kepada ayat terjemahan yang dibuat, wanita tempatan terbabit bertegas menafikan perbuatan itu dan mereka turut merayu untuk dilepaskan.
Penduduk yang marah dengan wanita tersebut mengugut dan salah seorang daripada mereka kedengaran berkata, “Jangan hanya pukul mereka, bakar sahaja mereka.”
Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya seorang daripada wanita itu dikatakan mati daripada insiden itu, namun masih tiada pengesahan mengenainya lagi. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

0 Komentar untuk "AHLI SIHIR DIBAKAR HIDUP-HIDUP KERANA TELAH MENGAMBILA JANTUNG LELAKI..LIHAT VIDEO INI.."

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info