BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

TERBUKTI BENAR: BUKAN AKAUN BANK NAJIB -PENGUAM NEGARA



Putrajaya: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan, perintah pembekuan enam akaun bank dikeluarkan Isnin lalu tidak membabitkan akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berikutan itu, beliau menyatakan kebimbangannya terhadap sindiran yang dibuat mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu.
"Tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah bagi memastikan tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.
"Justeru, Peguam Negara tidak teragak-agak mendakwa mana-mana orang yang didapati membocorkan maklumat sulit berkaitan siasatan kerana ia suatu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semalam, Abdul Gani dilaporkan berkata, Pasukan Petugas Khas mengeluarkan perintah pembekuan enam akaun bank pihak yang dipercayai terbabit dalam kes dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri, Isnin lalu.
Pasukan berkenaan juga mengambil dokumen berkaitan 17 akaun dari dua bank bagi membantu siasatan yang dijalankan.


















KDRT:mymetro
0 Komentar untuk "TERBUKTI BENAR: BUKAN AKAUN BANK NAJIB -PENGUAM NEGARA"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info