BocorLagi

Blog Informasi Dan Hiburan Terkini!

loading...

Bayi Diterbangkan Ribut Angin DI Tuaran



Kota Kinabalu: Seorang bayi dilapor diterbangkan angin dalam kejadian angin ribut di Kampung Dungang, Tuaran, awal pagi ini.

Pegawai Daerah Tuaran, Abdul Mohd Ibnu Abdul Kadir Baba, berkata kejadian ketika buaian bayi itu yang diikat pada alang bumbung rumah diterbangkan angin bersama bumbung rumah itu.

“Ketika itu bayi itu sedang tidur dalam buaian. Apabila bumbung rumah itu tercabut kerana diterbangkan angin, buaian dan bayi itu turut sama diterbangkan angin,” katanya.
Bayi itu kemudiannya ditemui di kawasan sawah padi berhampiran.

Abdul Mohd Ibnu berkata, berkata bayi itu kini dirawat di Hospital Tuaran kerana dia dipercayai patah kaki.
“Dia berada dalam keadaan stabil,” katanya. - Bernama


0 Komentar untuk "Bayi Diterbangkan Ribut Angin DI Tuaran"

 
Copyright © 2014 BocorLagi - All Rights Reserved
Template By Catatan Info